Friday, July 27, 2012

Ramadhan - 1st Week



Elok je tahun ni 1st day puasa jatuh hari Sabtu. Dapatlah orang jauh2 balik jumpa mak ayah kat kampung kan? Saya pun dapatlah spend 1st day puasa di rumah family. =)


Hari Jumaat saya dah balik Ampang, dapat call dari abang, diorang nak datang 1 family esoknya. Jadi malam jumaat tu saya dengan mama berkobar2 kemas rumah, basuh toto, selimut, cadar, sarung bantal semua, mop lantai, kemas segala sawang and habuk yang ada. Sebab bilik tu lama tak guna, takut nanti diorang bersin2 pulak. Sudahnya pagi Sabtu tu kami kemas rumah dengan hall dengan dapur, dengan bilik air, dah macam kemas rumah untuk raya pulak. Rumah kami nampak segar dan bersih je. Hehe.


Biasalah bila tengah lapar dahaga tu, macam2 teringin nak makan. Adik saya request suruh buat butir nangka. Seumur hidup saya tak pernah buat. Makan pun ada sekali dua je. Saya suruh dia google resipi dan petang tu kami anak beranak gentel2 tepung untuk buat butir nangka. Hasilnya? Sedak do'oh!





Lemak manis dan tepung tu sangat la lembut. Terasa halba semua. Memang mengancam la. Terharu sungguh! Ahadnya pulak adik request buat muffin lagi macam last week. Amboi banyak betul requestnya. Mama pulak suruh buat Vanila Muffin macam kenny rogers tu. Tapi disebabkan bahan2 banyak lagi lebih last week, saya buat cinnamon muffin je.





Kali ni bertambah sedap dari hari tu punya. Teksturnya lembut, soft, elok je naik. Topping pun tak hangus, memang just nice la. Saya sangat suka sebab dia ada banyak oat dan walnut dan cinnamon! Oh LOVE! Kakak ipar kata sedap sangat, boleh ambik order dah, meniaga online je. Erk, over sangat tau! Abang pun cakap sedap. Dia tak sangka adik dia pandai buat muffin. Hello? Tengok pipi laa.. Haha. Sebenarnya resipi tu memang maveles la. Saya cuba nak ubah sikit terus jadi tak sedap. Memang kena ikut betul2 sukatan yang dia bagi. 


1 adunan tu dapat 12 cup yang besar. Abang bawa balik 4 cup, pagi Isnin tu saya tengok tinggal 2 cup je lagi. 1 saya bawa ke Shah Alam. Hehe.


Minggu ni ingat nak buat vanila muffin pulak la. Amboi tetiap minggu makan muffin ye? Elok sangat la tu. Eh tapi jangan taktau, dalam 12 cup saya buat, saya makan 1 je tau. Sebab seronok tengok orang makan berselera, saya tak ingat nak makan untuk diri sendiri. Half syer dengan kakak ipar, half lagi syer dengan officemate. Hiks.


Weekend ni nak buat Vanilla Muffin ala2 Kenny Rogers. Tak sabarnya laaaa. Seronok sebab menjadi. Pastu seronok sebab habis. Boleh dah berniaga kecil kecilan ni. Nak jual puding caramel yang gebu dan lemak manis *macam empunya badan* dan muffin cinnamon yang super lazat dan enak. Siapa nak order? Boleh email saya okeh? Ahaks.   


P/S : Ayat yang last tu main2 je tau. Nanti karang ada pulak ingat saya serius ambik order. :P

3 comments:

cryclown said...

sy nk mkn jer..tak nak oder..hahaha

-eLyNhere- said...

heee.. boleh2. nnt jemput datang raya eh. hiks :P

Izzatul Azma said...

share la resepinya elynnn