Yay dah Selasa! Lagi 2 hari! Baru selasa dah countdown tunggu weekend, teruk betul perangai :P
Jumaat lepas saya on leave ye. Sungguh seronok tinggalkan keje dan ber'weekend' awal. Memang dah plan dengan mama nak bawa anak buah jalan-jalan. Tapi yang tak syoknya, hari Khamis tu saya dah macam nak selsema. Pastu malam tu badan panas. Dugaan sungguh. Takpela, dah berjanji dengan anak buah, demam pun redah je la.
Khamis malam tu tanya dia nak pergi mana esok? Saya ingat nak bawa gi Jusco or Midvalley je la senang sikit cari baju dia. Mama plan nak belikan dia baju raya. Tapi bila ditanya, dia cakap nak pergi KLCC!
" Kakak tak pernah pergi KLCC, selalu tengok dari rumah Uwan je KLCC dengan KL Tower.."
Alamak dia buat ayat sedih pulak. Maka ke KLCC la kita. Demi anak buah kesayangan, tak sihat pun gagahkan juga badan ni. Bangun pagi dia dah seronok seronok dah melompat-lompat, jerit sana sini suruh semua orang siap awal, nak pergi jalan hari ni. Ala bukan ada sapa pun, mak, ayah dan saya je la yang pergi. Yang lain keje. Hehe.
Dalam pukul 11 kami dah keluar. Sebab takut lambat sampai. Plannya nak balik awal before Asar. Abah suggest parking kat belakang, dekat dengan Masjid, tapi alih-alih dah tutup sebab dah FULL. Pusing ke depan pun FULL. Makanya, kami terus parking kat Ampang Park je, naik train ke KLCC. Lagipun Damia suka naik train.
Rasanya adalah dalam 5 tahun kot saya tak naik train. Rupanya dah guna token ye? Terbuat jakun beli tiket kat kaunter, rupanya kaunter tu untuk tukar duit je, token kene beli kat mesin. Hehe. Nasib abang kaunter tu baik je layan perangai jakun saya ni. Syukur takda adegan jakun susulan lepas tu. Semua elok je lepas pintu gate. Hiks.
Sampai je KLCC, terus teringat kisah silam. Lamaaaaaa sangat tak pergi sana okeh. Dulu time sekolah memang port lepak budak-budak baru nak up adalah kat KLCC. Feeling up sangat la tu lepak depan fountain. Dah la pergi balik berjemput. Orang lain naik bas or train je. Habis up la tu kiranya. Haha memalukan!
Seperti biasa memang ramai la 'can-do' kat sana. Prospek pun ramai. Prospek = calon suami pilihan hati. Ahaks! Kan banyak foreigner. Jangan taktahu, si debab ni punya angan-angan nak bersuamikan mat salleh sejak kecik lagi. Tapi bila dah besar, dah mula berpijak di bumi yang nyata. Tapi baru-baru ni abah pulak suara kan nak menantu orang luar. Amboi?
Damia sangat seronok. Bukan seronok tengok baju2. Seronok berlari-lari main-main je kat situ. Takda apa sangat pun just jalan-jalan tengok2 baju. TENGOK je sebab harga baju kat sana mahal2. Sayangnya duit nak bagi kat orang macam tu je. Penat okeh simpan duit tu! *Padahal tak mampu :P*
Lepas tu nampak benda comel sikit terus ambik gambar. Suka tengok dia happy je. :')
Time ni dia beriya nak duduk kat pangku menatang tu. Walaupun tak muat, duduk kat kaki pun jadi la. Pastu dia cedok2 kat cawan menatang tu, konon tengah share makanan. =__='. Eh menatang tu apa eh? Snoopy? Ke salah?
Lepas dah penat berjalan, kitorang pun beli makanan nak makan kat depan fountain sementara tunggu abah abis solat jumaat. Tekak saya teringin spaghetti yang dah lama tak makan tu. Saya beli Meatball Marinara. Mama pulak Meatball Carbonara. Untuk abah, saya belikan nasi kandar. Taktahu nak beli apa, takut tekak abah takleh terima makanan pelik2 je nanti.
Gambar Spaghetti Meatballs Carbonara yang saya curik kat SINI. Memang sedap sama macam dulu. Err.. lebih 10 tahun dulu? Erk. Nampak nau dah tua! Huhu. Damia pun berselera makan sambil tengok air pancut.
Lepas dah kenyang makan, bawak dia kat playground belakang tu. Mula2 main buai seronok betul menjerit2 bergurau. Suruh tolak tinggi sampai KL Tower la, tinggi sampai 'tajam KLCC' la, tinggi sampai awan la, makngah yang baik hati, layankan aje. Huhu. Lepas main buaian, dia main gelongsor dan seangkatan dengannya pulak. Bukan main seronok sebab semua besar dan macam2 boleh main. Kalau kat tempat lain kat kecik je gelongsornya. Sampai dah dekat kul 4 ajak balik dia taknak balik. "Kakak belum main semua lagi...!" Alamak.
Lepas tu tinggalkan Damia dengan atok kejap, kitorang pegi masjid. Balik je dari masjid, tengok dia dah duduk kat tepi air tu. Duduk lemah je, macam nak terlentok. Confirm ngantuk! Hehe. Atuk kata suruh dia basuh kaki je sebab kaki kotor masa main gelongsor, tapi dia duduk situ tak bangun2. Mungkin sebab sejuk, dia rasa nyaman terus mengantuk.
Dan lepas tu kami pun balik. Memang plan nak balik before pukul 5, takut jalan jem. Elok je pukul 5 sampai Ampang Park, dan jalan tak berapa jem sangat la. Damia pun tertidur dalam perjalanan sebab letih sangat.
Sekian outing bersama anak buah untuk kali ini. =)
2 comments:
kami bw adik2 g i city... Mgkin sbb bukan jiwa, tempt tersebut adlh sgt membosankan...hahahaha...
Nak main air mcm damia gak la:p
wah.. sy pun blom sampai i city lagi walaupun keje kat shah alam. haha.
tempat tu sesuai utk org yg suka ambik gambar kot, cantik la kot lampu2 tu dlm gambar. tapi gelap je bukan best pun. best lagi main air. ahaks.
tapi kat klcc tu budak2 je boleh main air tau. abg budak kene cari tmpt lain :P
Post a Comment