Sebelum masuk bulan puasa, saya kena masukkan gambar ni dalam blog. Hehe. Khamis lepas (wow dah lama!) kawan bawak saya pergi makan burger bakar yang lazat dekat dengan rumah dia. Mungkin area TTDI atau berdekatan dengannya kot. Sorryla dia yang bawak kereta, saya tak familiar area sana. Huhu.
Saya order Special Cheese Mushroom Burger. Sangat sedap. Tapi kawan kata kalau ambik beef lagi sedap sebab mushroom lebih serasi dimakan dengan beef katanya. Patty dia padat dan mampat, sangat sedap, cheese dia meriah, sos pun melimpah ruah as u can see. Hehe. Me loike. Harga RM10.00 kalau tak silap. (pun taktahu sebab orang yang bayar, nak tanya balik, segan. hukhuk)
Dan hari Jumaat lepas saya on leave. Ye, dua minggu berturut2 cuti hari Jumaat, sangat heaven. Seperti yang saya bising2 kat twitter, saya nak buat Cinnamon Muffin. Saya adalah pencinta cinnamon! So apa2 je yang ada kulit kayu manis, secara otometik akan rasa sedap!
Ini gambar sebelum masuk oven. Jangan taktau, siap beli muffin tray kat kedai kek okeh. 15 hengget je. Ada batter, inti, dan topping. Topping dia sangat sedap sebab rolled oats campur dengan butter, cinnamon dan walnut. Untuk resipi, sila click sini. Sebenarnya saya takut muffin tak naik sebab ni 1st time buat muffin dari raw material. Dahla takda oven canggih. Saya just guna oven butterfly yang bulat yang dah bertahun tak guna tu. Suhu pun dah tak boleh control, dia naik sampai takat 120 celcius je pastu tak naik2 dah. Sangat tawakal je bake muffin ni sebenarnya.
Alhamdulilah, saya bakar 25 minit, muffin naik cantik, topping jadi crunchy dan masak elok, muffin pun tak hangus. Gambar ni nampak kecik sebab snap dari atas. Sorry la gambar ni blur, hp tak canggih, bila tah nak dapat hantaran iphone5 or Samsung SIII.... *tetibe sangat! :P*
Oh ye, insyaAllah weekend ni nak buat protein bar pulak. Ada lagi barang lebih2 hari tu. Lebih kurang sama je pun bahannya. Campur walnut, biji bunga matahari, oat oh sedapnya tak sabar!
Oklah tu je nak bebel. Tata! =)
1 comment:
hari ini rmai rmai belajar niat nak puasa..huhuhu
Post a Comment