Wednesday, July 4, 2012

Kenyang Sampai Esok



Korang dah makan dah? Saya baru lepas makan nasi + telur+ terung+ budu + tempoyak! Nyumsss~ Hehe.


Ok, tu cerita hari ni. Sekarang saya nak cerita pasal semalam. Semalam saya ke Setia City Mall yang hebat diperkatakan tu. Asyik dengar orang bercerita je kan, haruslah tak tahan. Pergi pun last minit plan, tunggu orang tu orang ni, kul 8 baru gerak. Campur sesat, salah jalan, eh kenapa jalan ni lain dan sebagainya, kul 9 baru sampai. Hebat betul. Padahal dekat je kot T_____T


Oleh kerana dah lambat, kami round kat area bawah je cari tempat makan. Sebab masing2 dah kebuluq. Saya dengan tak lunch, harus lah lapar tahap menggigil bagai. Nak jaga banyak tekak punya pasal, kami ke Carl's Jr.


Sebenarnya kan, saya adalah jarang makan kat sini. Ada la beberapa kali masuk, tapi saya duduk je, orang lain yang belikan. Jadinya, ni 1st time saya order sendiri okeh. Saya tengok menu kat kaunter tu je dah nak juling. Macam taktau nak order apa, cemana nak order, apsal mahal sangat, semua berlari2 dalam otak. Nasib baik la takda orang time tu. Sebabkan panik, saya terus order Mushroom Portobello Burger. Taktahu la kenapa, mungkin sebab adik kat kaunter tu dah tenung saya sampai tembus dinding belakang kot. Lepas tu dengan selamba saya tanya,

"Camna nak tukar ke fries yang besar tu eh?"

"Fries besar??" *cashier pandang manager, manager pandang cashier*

"Er.. yela yang besar dalam bekas tu?"

"......................." *buat muka tahi*

"Alaaaaaaa yang ada sos atas fries tu....!" *dah mula bengang dengan kebodohan mereka.*

"Oh Chilli Fries! Yang dalam mangkuk tu eh?"

"Haaaa. Mana la saya tau nama dia apa. Saya nak upgrade fries ye"


Serius sebenarnya marah dengan ke'blur'an diorang. I mean, yela takkan la dorang taktahu fries dalam bekas? Tu 1 je kot. Famous kot. Dan diorang pun tahu saya macam tak reti nak order sangat, tengok menu pun panik. Dah la tak reti nak senyum. Harap manager tu je la ada senyum sikit. Ofkos la manager tu lelaki kan. Yang cashier tu pempuan. Sombong tak bertempat. Hergh.*Motif nak marah orang? :P*




                             

Jadi, saya order yang ni. Serius sedap tahap terkelu lidah. Tak pernah makan yang ni sebelum ni.




Ini rupa bentuk dalaman yang saya curi kat blog orang lain. Hehe. Pinjam gambar ye uli! :)




Dan ini lah rupanya Chilli Fries yang dorang tak paham paham tu. *Padahal sendiri taktau nama :P*



Saya ni walaupun debab, bukanlah orang yang kuat makan. Dalam pada lapar tahap gigil tu, saya makan fries tu tak sampai setengah dah kenyang. Abis tu burger yang belum bersentuh nak bagi siapa makan? Nak taknak terpaksa la saya telan jugak sampai sengkak2 perut ni jadinya. Serius boleh kenyang sampai esok! Memang bangun pagi tadi pun saya rasa teramatlah kenyang... Huhu kesian perut saya.


Oh sebelum makan, kami ada singgah di Auntie Anne's untuk beli Cinnamon and sugar pretzel. Tapi tak sempat makan pun sebab perut dah penuh sepenuh-penuhnya. Simpan dalam fridge je.





Dan pagi tadi saya breakfast ini. Oh sedapnya nyamannyaaaa.. Makan sambil pejam-pejam mata menikmati keindahan pretzel tu. Hehe. Dan sekarang pun macam terasa rasa lagi kat lidah. How?







6 comments:

Izzatul Azma said...

haaa ayok elyn kita dah reda dah tapi tp skrg teringin semua benda yg pos kt sini sbb lapar !!!!! huwarghhhh hahaa

tak pernah mkn carls jr kesian tak. tsk.. klo satu set kongsi dua orang pun cukup kan agaknya tu nampak sedapppp jee

-eLyNhere- said...

alamak alamak! haha iza ni suka bikin orang panik tau. :P

carls jr tu mmg amat besar, sila beli 1 set je share 2 org ye. kalau tak ckup, bole la add on burger ala carte. hehe. konon nak bagi cadangan padahal diri sendiri pun fail order makanan kat sini T__T

cryclown said...

huhuhu...mcm best...

stakat ni rekod trpel big mc dua, n chiken bege + fries skalii hadap masih bolh masuk y lain lagi...huhuhu...

rasa macam nak mintak spe spe tak kuat makan ajak g carls jr tula...
ahaks~

-eLyNhere- said...

amboi banyaknya sekali hadap! memang sesuai sgt makan kat situ. hehe. seronok sebenarnya tengok org makan banyak ni tau.

haa sile ajak sape2 tak kuat mkn. boleh mengelak pembaziran ;)

cryclown said...

y tak kuat mkn la ajk org kuat mkn ni:)..hahahha

-eLyNhere- said...

err.. sy ek?

ok ok jom! ahaks :P