Thursday, April 19, 2012

Fenomena RV!




Fenomena Red Velvet uols! Haha. Drama sangat title tu kan. Budak ofis saya sekarang hari2 duk beli cake ni kat kedai sebelah okeh. Sebab dulu kedai tu jual Moist Choc Cake je. Memang sedap amat la! Tapi kalau dah asik makan tu jemu jugak kan. Baru baru ni tetiba ada cake lain pulak. Red Velvet, Carrot Cake, Puding Caramel dan macam2 lagi biskut baru.


Oleh kerana saya dah 2 kali nasib tak baik asik dapat RV yang pahit, maka saya try la beli yang ni. Dah la murah je, RM 5 sahaje. Kek pahit yang saya beli before ni RM 15 satu slice! Ciss btol.





Ni la rupa bentuk beliau. Mintak mahap henpon murah, kualitas gambar terganggu. Hiks. Dan rasanya sangatlah sedap! Bila makan tu terus tak boleh berhenti. Tau2 dah nak habis sebekas dah. Bahaye btul! Pastu tau2 setiap hari lepas lunch ada je atas meja. Magic sungguh! Camno nak diet ni?? Ce cite?? *Alasan :P


Jadi, kat mana nak dapatkan si cantik manis yang sedap ini? Kat kedai Anis Choc Cake kat Sek 13 Shah Alam ye. Sederet dengan Ayam Kampung Hassan. Sila cari. Jangan cari Casa Impian pulak kat situ. Ahaks. Tetapi harus di ingat! Cake beraneka jenis tu bukan la tetiap masa ada. Kengkadang selalu sangat habis! Yang confirm ada tetiap ari adalah Moist Choc Cake. Siapa yang tak pernah rasa tu boleh je beli. Di jamin tak mengecewekan.


Sekian iklan free dari saya. :P




3 comments:

Izzatul Azma said...

Saya tau kedai tu !

-eLyNhere- said...

yay! boleh beli dan rasa! hehe.

Mummy Sher said...

salam kenal. hai si comel. i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D