Tuesday, February 14, 2012

Ikan Masak Taucu



Kelmarin masa jenjalan kat Jusco, member boleh pulak teringin nak makan kat kedai tengah2 Jusco tu. Ape tah nama dia. Nyonya something la. Saya lak feeling2 diet, tengok menu ada makanan ni, terus order je.




Ye, ini la Chee Cheong Fun. Ala kueteow yang dalam Yong Tau Foo tu. Kuah dia pun sama. Memang sedap la bagi sapa yang suka kueteow dan Yong Tau Foo. Hiks.


Oh malam tadi kan, saya sangat teringin nak masak taucu. Sangat2 teringin. Bukan nak makan pun. Memang saya masak je. Kul 9 malam setel masak. Masuk dalam fridge. Motif?? Kononnya nak bawak bekal pergi ofis hari ni. Tapi dek kerana bangun lambat, terus je pergi keje, tak sempat nak panaskan lauk tu. Huhu sedih.





Ni la rupanya Ikan Masak Taucu. First time cuba nih. Tak pernah masak sebelum ni. Tengok la bukan main banyak taucu n bawang. Dan macam terrrrrrrrrrrmasin sikit la.


Orang kata kalau masak lauk termasin, tandanya nak kawin kan? Yay!!! Eh? Haha :P


No comments: