Thursday, May 26, 2011

Rambut Gugur!



Dulu selalu ejek adik yang makin lame macam makin botak. Walaupun muda lagi. Mama selalu cakap, "Jangan ejek orang, nanti kene kat diri sendiri ." Tapi mase tu saye sangat belagak mungkin fikir rambut saye takkan gugur sebanyak tu sampai jadi botak.


Tapi sekarang ni.... memang banyakkkk sangat rambut gugur. Atas katil, dalam kereta. Atas meja. Mana2 je la. Pastu kalau ikat rambut, ade 1 kawasan kat tepi ubun2 tu macam tak penuh je. Tempat lain elok je rambut lebat. Aaaaaaaaaaaaaaa! Kene buat sesuatu! Tula sape suruh ejek2 orang, kan dah kene. Padan muke!


Lantas saye terus menggugel tips untuk elakkan rambut gugur dengan lebih hebat lagi.




Petua Mengurangkan Rambut Gugur :


Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja).


Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.


(Source :http://petua-kecantikan-melayu.blogspot.com)




Jadi, tunggu ape lagi?? Balik ni mari kite carik pokok lidah buaya dan bunga raya putih ok? Kalau jumpe kat mane2 petik je tapi mintak izin dulu ye, kene hambat ngan tuan umah saye taknak tanggungjawap :P



No comments: