Tuesday, May 25, 2010
Bakat Terpendam Rupenye
Weekend aritu mak request mintak saye masak ikan keli goreng bercili. Pergh nama macam kat kedai. Mama bukan taktau anak mama ni jarang benor jejak dapor tu.. Haha. Memang tak penah rasenye saye masak ikan keli gorang bercili. Terase cam kedai nasi berlauk plak. Kang ramai plak nak tapau kang. Naya. =P
Dahla weekend tu jaga Damia jek. Budak kecik tu asik nak melekat kat makngah dia je. Orang lain takmo dah. Bayangkan cemane nak tumis cili bagai tu dengan budak tu berlegar2 kat dapor. Isk mencabar. Dengan tak penah masak. Main bantai je. Cili tu goreng lame2 sebab nak keringkan sikit. Air bawang banyak sangat.
Pastu dah siap, sume orang puji nampak sedap. Hikhik. Masa makan pun orang duk puji2. Sedaaap! Vangga vanggaaaa... kembang kuncup idung mase makan.
Pastu ahadnye tu mak request lagik masak sambal udang dengan petai. Perghhhh tajuk makanan tak bole blah je mama ni kan. Isk. Pun same la, saye tak penah masak masakan itu. Mencabar btul task yang mama bagi. Seperti pro, saye masak je la dengan selambe dan konfident. Perghhhhhhhhhh sedap jugak ok! Tak sangke! Hahahaha.
Adik2 makan dengan semangat. Siap tambah2 nasik. Pastu Isnin pun dok makan tu lagi. Siap cakap,
"kalau hari2 makan macam ni kan best" .
Ngeeee~ malunye.. Korang suke kan masakan kakak ko nih. Tapi takmo admit kan.. Blah la! =P
Rupenye saye ade bakat terpendam masak sambal kot.. Haha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment