Thursday, June 7, 2012

Jual Jual, Siapa Nak Beli?



Amboi jual apa la agaknya tu eh? Hehe sebenarnya nak tayang muka la uols. Ni fresh from oven ni. Baru kejap2 tadi je amik. Macam biasa la dalam kereta panas membahang keluar lunch tadi, pastu teringat nak ambik gambar sebab hari ni pakai tudung bawal. Saya suka tengok muka sendiri bertudung bawal tau. Nampak normal. Tapi saya selalu pakai selendang. Sebab apa? Sebab bawal kena gosok, selendang tak payah. Lalalala~






Ini la rupa terbaru budak debab yang kuat berpeluh ni. Kengkadang kan muka saya macam ada orang simbah air okeh. Berpeluh punya pasal la. Sorry la nampak kaler tak sekata sebab duduk dalam kereta, belah bawah je pengcahayaan bagus, belah atas golap sebab tertutup dek bumbung kereta la. Takpe kot kan? Aci je kan? 


Oh ye, saya bukan cacat or nak sembunyi apa2 ye gambar setengah macam tu. Hahahaha. Tu adalah langkah keselamatan sebab ada orang psycho suka curi gambar orang kat blog. So not nice. Walaupun ramai yang cakap 'tak hingin nak curik gambar ko la elyn', tapi saya tatap kena berjaga2 sebab bukan semua orang akan bersikap normal kan? Lagi pun blog ni public, sesiapa je boleh bukak. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. Hikhik.


Untuk yang tak paham kenapa saya gedik nak post gambar baru, sebenarnya nak tunjuk hasil lepas pakai Tabita la. Tapi sekarang saya dah stop tau. Saja la untuk rekod sendiri jugak, boleh tengok perubahan ke apa ke kan? Kan? Hehe. 


Eh ada sapa2 nak beli tak ni? Ahaksssss okbye!



Wednesday, June 6, 2012

Food Poisoning!


Hi uols.


Hari ni saya MC la. Semalam makan keropok lekor tak rebus tak goreng, main ngap je. Sudahnya kepala pusing, perut memulas, muntah dan cherry berry. Fadan muka. Huhu. Dah la kat ofis tu banyak kerja. Cheque belum ready lagi. Ni dah 6hb. Harap2 takda masalah pape la hendaknya.


Saya terfikir la tadi, awal tahun aritu ada buat azam. Ni dah masuk bulan 6, apa kabar agaknya azam saya tu eh? Hutang2 rasanya semakin berkurangan. Banyak yang dah setel. Cuma 1 je yang tak memberangsangkan. Lemak2 kat badan ni naik dan turun sesedap rasa la. Kena fokus lebih untuk yang satu tu. Asal nak work out je, saya sakit. So bertangguh la segala plan. Sudahnya semangat pun pudar ditiup angin.. Abih camno?


Amboi dalam pada sakit tu sempat saya fikir pasal benda serius2 ni eh? Haha. Jangan taktahu saya baru lepas basuh bilik air okeh. Berkarat sangat dinding tu. Adik lelaki memang jangan berharap la diorang nak basuh. Kat bawah pulak dengar tungtang abah tengah masak. Taktahu la masak apa. Kalau abah masak, memang takda sapa boleh masuk dapur ye. Nanti kena halau. Huhu.


Oh ye, anak buah saya discharge hari ni. Alhamdulilah. Ingat nak pergi melawat sebelum dia balik, tengok la camne. Yang penting sekarang saya nak kemas bilik kejap. Wah rajinnya?!


Eh kejap. Semalam mimpi adalah sangat seronok. Mimpi dating dengan Kamil. Hahahaha. Funny tapi seronok. Pergi tengok pokok, ikan dan masuk hutan then sesat. Tapi still happy. Motip?? Saya pun taktau :P


Ok tu aje, babai! :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 2, 2012

Makan + Makan = Stress




Hai korang. Nak mengadu la sikit, lately badan saya makin naik la. Pipi membulat pastu perut mengalahkan ibu mengandung. Kena buat something la kan. Sampai bila nak macam ni elyn oi? Pastu meroyan cakap kat orang takda bf. Haish! :P


Jadinya saya buat keputusan starting next week saya nak pergi swimming dan jogging secara rutin. Takmo malas2 dah. Harapkan muka putih badan macam peti ais, tak guna beb. Biar la seiring sejalan gitu. Baru lah senonoh sikit orang pandang. Kan? Nasib baik la rumah sewa ni ada pool. Boleh la jugak swim free. Hehe. Dah la orang tak ramai lagi. Oh seronoknya!  Eh petang ni saya plan nak rasmi pool tu la. Cari mood untuk next week. Ahaks!


Semalam saya jumpa kawan kolej, dah 2 tahun tak jumpa kot. Dia cakap makin lama dia tengok saya makin kembang. Hahaha siut betul terlampau jujur. Cuba la cakap muka kiut ke apa ke sedap jugak hati. Balance la jugak kritikan dia tu. Haha. Oh ye semalam kami makan kenny rogers. Gambar adalah Google aje sebab malu nak snap tengah2 laman keliling penuh dengan orang. Kalau meja tepi tu takde la orang nampak. 






Sama sebijik ni la menu saya. Bahagian wing jugak. Jenuh memotong okeh rasa nak guna tangan je. Tengah syok makan mama call suruh tapaukan KFC. Ingatkan mama sorang je nak makan, saya beli Dinner Plate dengan cheezy wedges je la. Sudahnya 3 orang berebut makan. Haha kesian tau. Bukan la lapar sangat pun yang lagi 2 orang tu, tetibe berselera bau KFC. Huhu. Oh jangan taktahu, saya dah makan KFC lunch tu sebenarnya. Gulp!


Kelmarin saya dengan budak ofis decide nak try menu baru kat Pizza Hut. Saya ambik Chicken Chop dengan Black Pepper sauce kot nama dia. Gravy dengan mashed potato tu macam Kenny Rogers punya je la. Rasanya sedap lagi Kenny Rogers kot. Dengan RM 14.90 boleh dapat macam2 compare dengan Pizza Hut ni.




Sorry la gambar tak proper. Angle ke laut. Haha. Segan uols, iols kat tengah island tu keliling ramai orang. Malu pulak nak amik gambar beriya, japgi orang umpat, malas la. Tu yang sorok2 je snap laju2. Tak kisah la hasil macam ni pun nak je tepek kat blog. Hiks. 


Tengok la dua hari berturut2 makan makanan berkalori tinggi. Pastu complain kata badan gemok. Ape kes?  Jom jogging sekarang!! 


T________T









Friday, June 1, 2012

Tabita - Lepas 5 Bulan


Salam Jumaat korang. =)


Saje nak update pasal Tabita ni. Diam tak diam dah 5 bulan saya pakai. Masa mula2 dulu disiplin la jugak. Lama2 kadang skip krim malam sebab letih sangat tak larat nak angkat tangan apply cream. Terus hempas badan atas katil je. Wah hempas tau! Mana tak lendut katil tu. Hahahaha.


Yang saya perasan, tiap kali lepas cuci mekap kat ofis, kulit saya jadi bersih je. Tak kusam. Pink2 gitu. Tak payah apply mekap lagi dah. Kadang tersenyum sorang masa pakai tudung sebab dah jimat masa tak payah nak conteng2 muka, dah nampak senonoh muka saya. Kalau sebelum ni, lepas solat je at least kene la letak bedak sebab kulit tak cantik. Malu kalau orang tengok kulit kusam saya. 


Kalau keluar dekat2 or pergi hospital pun saya tak mekap. Just letak bedak kalau nak feeling kulit gebu. Kawan pun tegur, muka saya dah putih bersih. Walaupun takde mekap. Memang puas hati sangat la. Tak sia2 merana muka merah masa awal2 pakai tabita dulu. Huhu.


Sekarang ni saya dah tak pakai night cream sebab dah habis. Ada lebih kurang sebulan tak pakai night cream. Ingat macam taknak sambung la. Sebab saya dah puas hati dengan hasil sekarang ni. Krim malam tu macam menghakis kulit saya kot sebab asyik mengelupas je tak henti2. Bila stop cream malam, takde dah menggelupas. So takmo sambung dah la. Nak try guna produk biasa dulu. Nanti kalau nampak cam kusam balik, baru la guna tabita balik. Harapnya biarla kekal kulit saya macam ni. Sebab tak suka la menggelupas tak tentu pasal. Tak hensem jadinya.


Ala sorry tau takde gambar nak tunjuk. Saya memang takde ambik gambar latest pun. Nanti la kalau terrrrajin ada gambar baru saya tepek kat sini okeh? 


Itu aje nak bebel. Happy weekend korang! =)