Monday, June 13, 2011

Movies & Pepper Lunch With Gf's!



Sabtu lepas outing dengan gfs ke Sunway Pyramid. Movie marathon and gossiping. Soul treatment for girls =)


Mula mula tengok Karak kul 4 pm. Comment, erm ok la not bad. Saye takleh nak komen sangat sebab saye suke Shahir. Mestila kate best je kan sebab ade Shahir berlakon. Ahaks OMG I'm so pathetic :P
Lagipun hantu2 dia ok la. Takde la pontianak pocong je tak habis2. Ni hantu Iron Maiden. Haha. Kawan2 tengok menjerit2 tutup mate, tapi saye relax je makan popcorn steady. Nak tahu rahsianya? Mase scene agak mengerikan, sile la pejam mate, otometik tak takut. Hehe.





Pastu sambung tengok X Men, kul 7.45 pm. Comment? Memang best! Sangat menggunakan otak. Kalau tengok karak boleh makan popcorn, tengok X Men macam kerut2 dahi sebab banyak pikio dan saspen. Plus, pelakon sangat comel (sempat jek :P)







We had this for Dinner. Pepper Lunch. Sangaaaaaaat sedap main masak2 feeling chef masak makanan sendiri. DIY affordable steak. Woohooo!






Saye makan ini. Smoked Salmon pepper rice. Plate tu tengah panas, gaulkan ikan dengan nasi, lepas tu campur kan sos. Ada 2 jenis sos, Honey Brown & Soy Sauce with Garlic. Setaaaaaaaaaap ye sos dia.






Ni hasil lepas digaul dan dicampurkan sos.






Yang ni Teriyaki Chicken with Egg. Pun dengan nasi.






Yang ni Salmon and Chicken. Ade nasi jugak.




Setiap meja ade salt and pepper dan jugak 2 jenis sauce yang saye sebut tadi. Honey Brown & Garlic Soy.




Korang pernah makan kat sini tak? Saye actually first time masuk kedai ni. Huhu. Not bad la definitely will come back. =)


Wednesday, June 8, 2011

Casa Impian Living @ Airport Penang



Fresh from oven! Gambar ni diambil malam semalam lepas habis je set up kat airport Penang.






Ni la muka belakang tabir Casa Impian =) Eh ramai lagi takde dalam gambar tu. Saye pun takde tauuu... Ahaks.


So nanti kalau terrrrrrrrrrpegi sane jenguk2 la outlet kami k? Thank you. Tata! Muahmuah! Haha.







Tuesday, June 7, 2011

Kulit Mengelupas!



Sejak balik dari bercuti aritu kulit macam tegang semacam pastu elok hari Jumaat pagi nak pegi keje, tengok kat cermin kulit muka dah mengelupas dan berkerak! Erk!


Tapi buat biasa je teruskan mekap dan pegi keje macam biase. Tapi budak ofis plak bantai tegur lepas sorang sorang. Maknanya semua orang nampak. Dan sekarang, lepas dah 6 ari balik KL pun muke masih lagi tak elok. Sampai malu nak keluar. Nanti sumerang nampak camne? Malu malu...


Kenape eh? Saye takde pun mandi laut. Biasenye kalau mengelupas ni sebab mandi laut tengah panas. Aritu gi Penang pun tak pegi tepi laut. Cuma masa kat Perlis sangatttt sangattt sangattt panas la. Takkan sebab tu kot? Sekarang ni terpakse pakai tudung kedepankan sikit nak kaver muke ni. Sampai budak ofis kate, " Kak Elyn ni ular ke nak salin kulit eh? " T_____T


Pagi petang siang malam sudah ku lumur dengan baby oil segala. Tak jugak elok2. Helppppppppppppppppp! :'(


Sunday, June 5, 2011

Tuan Blog Tak Sihat




Balik dari cuti cuti mesia ari rabu. Tapi Khamis cuti sebab nak rehatkan badan. Jumaat keje balik. Perghhhh bertimbunnnn keje sampai takleh bernafas. Terus datang migrain dan demam petang tu jugak! Balik dari ofis badan dah semacam, rase macam terhuyung hayang nak pitam. Tapi gagahkan jugak drive dalam hujan dan jem. Dari Shah alam ke Ampang : 2 jam. Omaigod! Nasib selamat sampai. Alhamdulillah..



Arini pun rase semacam macam food poisoning pulak. Padahal makan ape je. Hurm ntah la. Harap2 esok sihat, boleh pegi keje dengan tenang.


Ok meh saye syer sikit hasil dari cuti2 mesia secara ringkas (malas sebenarnye :P).




Orang kate kalau pegi Perlis tak rase mangga Harum Manis memang tak sah. Rasenye memanggggggg harum dan sangat manis! Macam rendam dengan gula. Betul tak tipu.





Cara makan dia macam ni. Pastu sauk dengan sudu. Huuuuuuu heaven. Rase selagi nak lagi! Tapi rase bersalah makan banyak sebab macam makan gula banyak sangat, takut kencing manis.. bole? Haha.



Hari pertama sampai takde ke mana. Dah petang pun, rehat kat rumah Makteh je sampai malam. Malam orang lelaki gi mancing naik bot tengah laut. Yang pempuan duk umah je la. Tidokan anak.



Esoknye dorang pegi sawah 'ngoca'. Pastu pegi mane tah lagi. Aktivit menghitamkan kulit bersame dengan ikan. Haha. Saye? Mestila tak ikut. Takut wooo hitam. Sudahla tak lawa, debab, kalau hitam? Burukkkkkkk sangat la jadinye. Make duduk rumah kemas umah sementare tunggu Abang sampai.


Petang tu orang pempuan nak pegi Padang Besar cuci mate. Perjalanan dari Kangar ke Padang Besar dalam setengah jam gitu. Kami pergi tak ramai. Sebab ramai dah collapse duk main dengan ikan siang tu. Haha. Pegi Pasar Padang Besar yang kat belakang Balai Polis tu. Pastu singgah Duty Free Emas Kerajang. Beli Cekelat dan sebagainye. Sebab dapat harga special. Polis price. Huhu.


Esoknye subuh2 kami dah bersiap. Mau ke Thailand =)
Sebabkan kami ramai, terpaksa amik 1 van polis dan 3 buah kereta sendiri masuk ke Thailand di escort oleh beberape orang polis. Huhu semacam je rase. Tapi seronok jugak. Pengalaman baru.


Kedai pertama kami singgah, sangaaaaaaaaaaaaaaaat la murah. Periuk belanga ada promotion Rm 10 je per item! OMG! Harusla beli. Masing2 beli macam bawak lori. Semua barang adelah murah murah murah.





Sampai terpakse beli si comel ni. Dia nak ikut saye balik Ampang :) Haha. Dan ade jugak beli barang2 penjagaan diri pempuan. Cantik2 dan murah. Suke sangat!


Pastu kami sambung berjalannnn sakan sekitar Thailand. Singgah sane sini. Cuaca sangat panas. Sangat sangat panas! Kesian sekali budak kecik 2 orang tu la, Damia dan Iman. Mesti rimas dengan sempit kereta dengan panas dengan nak tido bagai. Huhu.





Akhirnya Iman tertidur kat atas adik. Mungkin sebab empuk sangat kot badan adik? Hahahaha.
Kami banyak tak keluar dah setiap persinggahan. Rata2 bendenya same je. Baju seluar dan sebagainya. Malas la nak tengok.


Dan akhirnya kami ke Danok untuk Lunch. Restoran Islam ramai orang Malaysia kat sane. Rata2nya polis. Total makan kami ramai2 RM500. Huhu. Tapi makanan dia sedaaaaaaaaaaaaaaaap sangat! Suke.


Esoknye kami berangkat ke Penang. Berpisah dengan yang lain. Dorang sibuk pegi shoping lagi, kami sekeluarga sambung berjalan ke Penang. Pekene nasik kandaq LINE CLEAR. Jumpa Nora dengan family. Cantikkk sangat kak Nora tu. Sweet je muke. Senyum je. Lepas makan, check in apartment pastu malam pegi makan kat Gurney plak.


Esoknye kami ke Bukit Bendera. Train dah baru. Lajuuuuuuuuuuu sangat. Bila turun rase macam naik Rollercoster! Haha. Memang best la. Kuar peluh jantan berjalan sane sini. Best! :)





Last sekali tengok la muke adik Iman kat Masjid Bukit Bendera.


Okla tu je. Penat suda membebel versi menaip. Kepala macam weng sikit. Mau tido la esok keje. Tata uols.