Friday, April 15, 2016

Dating & Makan Sedap!



Hari tu pegi jumpa kawan kat Gombak. Sebabkan kawasan rumah dia sempit, parking la kejap kat tepi padang. Tepi padang tu pulak memang laluan nak masuk ke lorong tu, so kene park tengah2 supaya kereta muat lalu.


So disebabkan saya memang nak park kejap je, kawan dah nak sampai, saya park je la tengah2 tu. Yang penting kereta boleh lalu.


Tetiba ada sorang makcik (umur 40-an) lalu tepi kete saya, Saya buat tak tau je lah kan sambil sambung tengok WhatsApp.


Tetiba kereta saya kene ketuk. Terkejut saya. Rupanya makcik tadi ketuk body kereta saya dengan tangan dia. Bila saya pandang, sambil berkerut muka, dia bagitau jangan halang laluan pejalan kaki.



Ni la laluan pejalan kaki tu. Bila dia dah marah tu, saya jenguk kat luar dan sambung tengok phone balik. Bukan tak boleh lalu pun. Kira kalau nak lalu kat situ kena pijak rumput sikit la. Malas nak layan dia. Akibat tak puas hati, saya snap la gambar lepas dia dah blah. Hahaha.


Yelaaaa memang la terhalang sikit, tapi kejap je kot. Tak sampai 5 minit. Lagipun boleh je lalu, bukanlah tak boleh lalu ponnnn. Cuma kene pijak rumput sikit la tepi tu. Alah takkan tu pun nak berkira? Kawasan rumah kau ni sempit la. Ish!


Lepas kawan saya sampai, kami pun pergi makan. Saya request nak makan western, dia pun bawak kat satu kedai ni.


Duduk je, ada orang datang ambik order. Dia tak bagi menu. Saya pulak 1st time datang, taktau apa dia jual. Saya tanya la,

"Sini ada apa ye?"

"Western ada nasi lemak ada, mee bandung ada blablabla" Laju nak mampus. Hahaha.

"Grilled Chicken Chop ada?"

"Haaa ni saya nak bagitahu. Sebenarnya semua chicken chop tu adalah grill. Kalau pegi kedai yang goreng ayam tu, tu bukan chicken chop. Diorang salah. Ada yang marryland chicken chop la, ayam salut breadcrumb pastu goreng, tu salah tu. Tu bukan chicken chop. Saya cakap betul ni, saya keje hotel dulu blablablabla..."

"Ok bagi saya chicken chop 1" T____T

Lepas tu dia suggest air jagung special. Sedap katanya. Tempat lain takda. So saya pun cuba la. Saja teringin nak minum air jagung.


Ni la rupa air jagung special tu. Bawah dia sweetcorn. Air susu cair + susu pekat kot. Pastu ais kepal tu flavor jagung. Haa gitu. Sedap la.




Ni la rupa CHICKEN CHOP saya tu. Hehe. Oklaaa boleh tahan. Tapi takda sedap sangat sampai terigau2 di malam hari, tapi habis la saya makan. Bila pulak ko makan tak habis, Elyn? Khennnnn.


Lepas makan kami pun balik la. Air jagung tu buat berat saya naik 2kg esoknya. Sekian. 
(Nak jugak salahkan benda lain..) :P


Monday, April 11, 2016

Neighbours Cafe Ampang



Lepas habis majlis kahwin adik, dia nak belanja family makan. Fikir kat mana nak makan pun boleh stress tau? Pastu nak fikir tekak semua orang lagi. Bukanlah satu benda yang mudah. Hahaha.


Dipendekkan cerita, lepas dah survey secara serious oleh ahli keluarga semua, lepas dah suggest beberapa nama tempat dan keje reject, akhirnya abang kata, " Ok dah ada tempat. Confirm pergi sini. Jom siap semua!"


Abang is our survivor!!! Suggested by his friend katanya. Dekat pun dekat. Apa lagi? Jom siap semua! Kita pergi mana? 


Neighbours Cafe, Bukit Indah Ampang. 
Nah click SINI untuk ke page diorang.



Dia shoplot biasa je tapi tetiba cafe ni menonjol, nampak lain dari yang lain. Cafe hipster la macam tu kot? Kot la, kalau salah mintak ampun saya bukan hijabister, tak up to date. Ahaks.



Kami duduk kat belah dalam, sebab ada air cond (dan ada bawak diva tak boleh panas) dan bebas dari asap rokok. Gitu. 



Mintak maaf la gambar tak banyak. Yang ada pun cik tuan blog punya gambar selfie bersama anak buah beliau. Hikhik. 
Dak kecik ni rasa cam nak kunyah2 dia. Geram btol!!!




Damia dan Nayli bersama makngah kesayangan. Ahaks Ahaks.



Finally gambar makanan. Tapi seketul ni je la. Ni pun sebab saya punya. Saya makan Grilled Chicken Chop. Saya nak ambik gambar makanan orang lain tapi kena marah. 
Diorang cakap tak payah ambik gambar, makan je!
Ok fine. MAKAN LA.


Tapi serious talk la kan, SEMUA makanan yang kami order, semuanya sedap. Takde pun dengar orang complain tak sedap ke keras ke apa ke.


Kami order Chicken Chop, Fish & Chips, Creamy Mushroom Spaghetti, Lamb Chop, Meatballs dan tak ingat lagi ape tah. Hikhik.


Chicken Chop sedap giler. Side dish dia bagi broccoli which is my favorite, dengan carrot. Pastu mashed potato dia sedap. Gravy sedap. Coleslaw ok la sebab saya tak suka sangat but sedap la. Yang penting sos chicken chop tu sedap. Saya pilih Mushroom sos.

Fish & Chips dia sedap giler. Rangup, garing, crunchy. Puas hati makan. Serious.

Creamy Mushroom Spaghetti sedaaaaapppppp! Tolongggg! Hahaha. Creamy dan pedas sebab ada cilipadi. Kau rasa? Sedaplah!

Paling penting dalam dunia ni, Lamb Chop dia sedap sangat sangat sangat. Sila take note, saya tak makan kambing ye. Sebab kambing ada bau hamis. Tekak takleh masuk. Tapi Lamb Chop kat sini takda bau hamis please!!! Lembut je masuk dalam mulut saya sambil muka berseri2 sebab sedap. Ha, nampak? Sedap oi!

Meatballs dia macam ikea. Eh mesti la sedap. Duh~

Apa lagi? Haa air pun sedap lah. 

Eh dari atas sampai bawah duk sedap sedap. 
Dah memang sedap. Nak cakap apa lagi? Tapi sayang takde gambar. 
Takpe next time saya harus pergi lagi dan lagi dan lagi. 


Oh ye saya makan brownies Choc with Ice cream jugak. RM 5 jek. Komen? MESTILAH SEDAP OI~
Dah la malas nak type sedap lagi. Sorry la saya tak pandai nak describe kelazatan makanan, saya tau makan jek. Hehe.


Harga? Berpatutan. Bila kau makan lepas tu kau puas hati, mesti kau cakap berpatutan kan? Kalau kau makan lepas tu kau komplen itu ini, tu maknanya harga tu tak patut. Kan?


Kalau nak tau boleh tengok website diorang untuk lebih details. Nak lagi best datang je terus. Mesti tak menyesal. Waiter diorang akan sambut and layan dengan mesra sekali. Serious. Suka!


Lepas tu saya repeat datang dengan buah hati.

Teka saya makan apa? 
Erm.. niat nak makan benda lain la kan, nak tukar2 kononnya.
Fikir punya fikir punya fikir... 
Dari segi healthynya terpaksa lah ambik Chicken Chop lagi. Hehe. 



Sebab ayamnya digrill, ada sayur fav lagi. Dan carbo sikit. Tu la sebabnya. 
Maklumlah orang tengah cuba berdiet ni. Kena ambik kira apa yang masuk dalam mulut jugak.


Dan kesayangan saya order Sirloin Steak Medium Well. 
Kesayangan saya tu Chef tau kat hotel. Hehe. 
Saya berdebar jugak nak tau komen dia.
Saya tengok je dia makan. Dia diammmmm je muka tak pernah tak serious.
Dah tak sabar tunggu saya tanya la, 
"Camne? Ok tak?"
Sambil potong daging tu, dia cakap, 
"Daging dia lembut, memang medium well, dia pakai daging ada kualiti. Even dah sejuk pun tak liat. Ok, not bad"


Haaaa nampak??
Beliau adalah memang tak senang nak puji makanan sesape ye. Bila dia puji tu aku yang happy. Macamkan tu kedai aku pulak. Hampeh. Hahahaha.


So korang, sila la cuba ye. Saya ikhlas ni bagi komen. Ni bukan entry berbayar tau? Saya komen mengikut tekak saya dan family saya. 
Nak tau betul ke tak kesedapannya, korang try sendiri ok?

Tata~



Friday, April 8, 2016

Adik Kawin! (Kenduri Belah Lelaki)



Alhamdulillah majlis kawin adik saya berjalan dengan lancar tanpa ada masalah. 
Walaupun kakak dia yang macam bermasalah sepanjang minggu. Ahaks.


Sedih btul kitorang takde ambik gambar pun. Semua masing2 bz dengan tugas masing2. Sebab semuanya nak buat sendiri.


Saya buat candybooth.
Abah buat lakso.
Adik setup photobooth.
Tiga2 ni semua buat masa hari kenduri. 
Preparation malam sebelum nya, esok pagi masak.
Sampaikan saya yang tak sihat ni rasa nak collapse la malam sebelum kenduri. Huhu.
Bz sebab tak cukup rest dengan tak cuti nya. 
Dia punya bz tu dah terasa 2 minggu sebelum majlis lagi.
Saya dengan program saya sendiri, dengan keje lagi, dengan macam2 nak fikir lagi.
Mama sibuk dengan doorgift 1000 balang dan goodie bag yang bertambah tambah beliau tu.
Kalau type macam ni memang tak terbayang keadaan kitorang yang tunggang langgang tu la pendek kata.


End up candybooth dekat pukul 1 baru beroperasi. Hahaha.
Sebab person in charge 12.30 tak nampak batang hidung lagi. 
Mana taknya, pukul 10.30 pagi baru nak mandi dan gosok baju.
Syabbas betey!


Jom tengok gambar mana yang ada. Memang menyedihkan. Candybooth punya gambar pun takdak. Nice.


Balang untuk doorgift dalam proses pengeringan. 
Ye, kami basuh ye balang ni sebab kotor. Benda nak letak makanan haruslah kene bersih kan?
Murah je beli kat nilai jatuh rm0.90 sebalang. Gittew~


Kad kahwin


 The Pengantins


 Kakak pengantin dengan saudara sepupu. Kami sebaya. 
Single and available. 
Ahaks.


Kakak pengantin dengan bestfren beliau.
Beliau tak available ok. Married with 1 daughter. Gitu.
Motip? Ahaks.


Ok tu je gambar yang saya ada. Wuuu sedih la macam ni. Kita tunggu gambar dari cameraman je la. Taktau tahun bila boleh dapat... kan....


Tapi yang pasti hari tu memang teramat bz sampai taktau apa benda yang aku bzkan. Hahaha.


Lepas ni kenduri kakak pengantin pulak, insyaAllah. 
Taktahu bila la, dengan siapa.
Iols kan single and available?
Kan?
Tau kan?

*Motip ulang banyak2 kali?*


Ok la tu je nak bebel.
Have a great weekend uols! 
Tata!