Tuesday, April 21, 2015

Birthday Celebration With My 'Kawan Bergaduh' !




Assalamualaikum!


Sempena bulan April ni, mood ada baik la nak update blog. Kenapa? Ada apa dengan bulan April? 
Bulan April ni bulan birthday kittew laa.. Hikhik~


Seperti biasa, celebration dengan family adalah pergi makan besar dan sebiji kek. Tapi disebabkan tahun ni saya dah dapat 2 slice kek dari Chef tersayang (amboi), maka saya taknak kek dah. Bajet diet la konon haha. Jadi kami sekeluarga pergi makan tomyam yang sedap kat Bandar Permaisuri. Oh ye lupa pulak, adik dan adik ipar saya datang bawak 4 slice kek secret recipe. Jadi kami makan la syer2 sorang sikit. Dah la duduk meja panjang untuk 10 orang tu kan, kek tu pun dari hujung ke hujung perginya. Hehe. Birthday girl happy! Syukur Alhamdulillah.


Lepas dah celebrate dengan family, kita tuntut hadiah dari ehem ehem pulak. Sebulan sebelum birthday dia dah kecoh2 dah itu ini. Nasib baik dapat jugak. Kalau tak dapat, AWAS! :P
Gambar bajet artis nak blur2. Hikhik. Eh sukahati aku la gambar aku. Blog ni public kot ntah sesape je boleh tengok dan baca kan.... takmo takmo. Don't worry bukan laki sesape tu, single lagi (tetibe :P)



Kami keluar makan dan saya pilih sendiri nak handbag apa brand apa. Pergh heaven! Tapi saya ni jenis takuttttt nak beli benda mahal2 even orang lain yang bayar. RM200 tu pun macam dah mahal sangat. Ehem ehem suruh beli handbag harga RM300 ko! Takpela takpela. Susah nak jaga nanti mahal sangat. Dah la sidebab ni boleh tahan ganasnye. Beli murah2 boleh buang tanpa rasa bersalah bila dah rosak nanti kan. Hehe.


Oh untuk makan, saya pilih restoran Korea. Saje tukar taste. Asik makan western dan melayu je. Saya tekak western, dia tekak melayu asik nak nasik nasik nasik dengan ikan goreng -.-


Tapi saya lupa pow askrem Baskin Robin. Hurmmmm.. Takpe next time la.


Lepas dah celebrate birthday saya, si dia pergi Pulau Tioman tinggalkan birthday girl kesepian. Sobs.
Nah gambar mana tahu ada yang teringin nak pergi ke kan.







Ok dah tu je. Nanti rajin saya update la lagi ye. Kesian tengok entry beberapa kerat je dalam setahun.