Monday, October 21, 2013

Mengasah Bakat Part 2



Yay harini kita tengok gambar masakan 1st trial saya ye? Hehe tak malu lah nak tunjuk. Biarlah orang cakap benda senang pun baru nak belajar masak ke apa ke. Janji saya dah try dan menjadik. Sukaaaaa :P


Maklumlah ye, Encik Bakal saya tu suka sangat makan masakan yang saya masak. Dia kata sedap. Mula2 saya ingat dia saje amik hati, tapi logiknya, mungkin sedap la kot nak compare dengan makanan kat kedai yang lebih kurang sama je dan kuat sangat ajinomoto. Maklumlah orang bujang kan, harus la makan kat luar banyak. 


Ok dah takmo bebel. Jom tengok gambar!




Mee goreng with daging. Nyums sedap! Ye, ni 1st time saya goreng mee. Tu pun gugel resepi okeh! Haha





Daging Masak Hitam. Ni saya makan kat kenduri kahwin pastu terpikat dengan rasa dia. Dari kecik saya tak suka makan daging, so tak selalu masak. Tapi sejak kenal cik abg tu, saya dah belajar suka makan daging. Hehe. BTW, rasa dia not bad! Boleh improve lagi =)





Fish and Fries Homemade. Tartar sos tu pun buat sendiri okeh. Senang aje sebenarnye. Hehe. Ni takda la susah mana pun, simple je.




Ni je gambar yang ada. Banyak tak transfer lagi. Nanti saya update lagi ye? Hehe. Encik Bakal saya tu, masak telur dadar pun dia puji sedap. Kite ni bile orang puji, bertambah rajin la nak masak kan? Sekarang ni tiap pagi saya buatkan dia breakfast or lunch. Seronok tengok dia makan. Tak sabaaaaar nak kawin! Ehhh??? Haha gedik! :P


Dats all folks! Nanti saya showoff lagik masakan 1st trial saya. Hehe. Tata!



Wednesday, October 16, 2013

New Job Scope! Wee~




Hi semua! Apa khabar, sihat? Saya baru baik dari demam dan selsema seminggu. Penangan mengemas dan mengadap habuk, huhu.


Banyaaaak benda nak share tapi tak reti nak susun ayat cerita yang mana satu. Hehe. Yang pertama tama nya ialah, seperti tajuk di atas, saya dah tukar profession dah. Bukan lagi seorang kakak akaun yang duduk di ofis je. Saya diberi amanah dan peluang untuk menguruskan beberapa outlet Casa Impian di Klang Valley. Boleh dikatakan sebagai Manager jugak la kot? Ntahla. Bulan Oct ni baru nak try try tengok keadaan. If everything went well, akan diteruskan begini la. 


Casa Impian ada kat Midvalley, One Utama, Sunway Pyramid, Aeon Bukit Tinggi, Aeon Wangsa Maju, Aeon AU2, Houz Depot Damansara, Aeon Seremban 2 dan Airport Langkawi setakat ini. Saya diamanahkan untuk jaga di One Utama dan Houz Depot. Maka hari2 muka saya akan berkeliaran di sekitar damansara la ye, bukan lagi Shah Alam. Huhu.





Ni beberapa keping gambar sempat saya snap kat One Utama. Sesiapa datang sana boleh la singgah ye? Boleh jumpa saya kalau kena time saya tengah keje. Hehe. Boleh la tengok saya pakai baju dan id promoter :P
Masuk tempat orang, kena ikut cara orang la. Tak kisah awak tu siapa, kalau nak bekerja dalam Aeon tu, harus pakai seperti pekerja. Hehe.


Sekarang ni Aeon One Utama tengah sales sampai 3rd Nov. So kami ada bagi diskaun sampai 70% bagi certain2 item. Most item ada 30%. Datangla ye tengok2. Kalau saya takde, InshaAllah part time promoter saya ada jaga kat situ.


Ok tu aje kot nak share dulu. Nanti kalau ada masa lagi, saya update lagi. Tata uols! =)