Minggu lepas kami berglamping di Janda Baik. Apa itu Glamping? Glamour Camping ye adik-adik. Hehe.
Setelah berbulan2 planning untuk ke sini akhirnya berjaya jugak. Dari ahli asal 11 orang, jadi 9 orang jek. Alhamdulillah jadik jugak. Bukan senang tau nak kumpulkan ahli2 sebab diorang ni semua jadual packed ngalahkan menteri.
Kami pilih untuk beraktiviti di Sailor's Rest Resort. Alhamdulillah pilihan kami tak salah. Sangat puas hati. Meh tengok gambar.
Ni khemah untuk girls. Ada 4 katil dan kipas.
Ni khemah married couple. 2 katil dan kipas.
Ni toilet kitorang. Best gila! Mandi sambil feeling2 sebab shower dia guna rainshower, besar. Pastu ada pulak small garden kat tepi tu. Pastu ada matahari pulak masuk kat atas garden tu.. Haaa.. Tak ke feel tu? Toilet pun bersih. 9.5/10 saya bagi.
Ni rupa khemah kitorang time malam. Superrrrrr cantik kan? Serious rasa taknak balik. Tak cukup satu malam je kat sini.
Khemah kitorang berderet tiga. Depan sekali ni khemah lelaki. Tengah untuk couple. Tepi sana khemah pompuan.
Betul2 depan khemah kitorang adalah sungai ye. Air dah la super sejuk. Tido malam dengar bunyi air sungai mengalir. Ishhhh heaven sungguh la.
Ni depan khemah pompuan. Kuar pintu khemah terus turun tangga masuk dalam air. Terus feeling puteri bunian mandi sungai sambil nyanyi2.
Ni apa yang cantik sangat ni? Ni surau ye kawan2. Surau dia besar. Laki dan perempuan di asingkan dengan tirai. Telekung pung ada. Takda alasan tak boleh solat ye? Awas!
Surau floating tau.. jangan main2. Haaa. Belah kanan tu boleh nampak tempat ambik wuduk. Eh memang cantik la surau dia. Tak boleh terima betul! Siap ada bunga teratai.. Huwaaaaaa~
Ni bekalan kitorang. Member bake malam sebelum bertolak tu. Sedap gilaaa brownies nih. Haih. Makan tepi sungai sambil tengok ikan2.
Ha ni memang tepi2 sungai tu je tau? Memang penuhhhhh dengan ikan2. Geram je tengok!
Sesampai je kat sana kami check in dan terus hiking ke Waterfall Lata Tampit. Kitorang dan makan siap2 kat luar sebelum sampai sini.
Pendakian tu taklah susah mana. Ambik masa dalam 45 minit untuk sampai ke atas. Abang Jeffry kitorang punya guide. Sesambil naik tu kitorang dikenalkan dengan pokok2 yang ada di sekeliling. Tambah ilmu pengetahuan jugak tau!
Ni kat area penuh dengan buluh. Cantik kan? Masa ni baru half perjalanan.
Ok dah sampai waterfall. Air dia sangatttttt sejuk! Dan time ni air cetek sikit sebab mungkin musim panas? Ntah kurang pasti.
Kitorang mandi dalam sejam lepas tu turun bawah balik. Perjalanan turun ke bawah kurang 30 minit sebab masing2 excited agaknya. Kemain laju turun.
Sampai ke khemah, kami rehat dan mandi. 7.30 ada BBQ dinner. Makanan dia memang superb la. Siap ada kambing ok. Saya ni tak makan kambing tau? Tapi tak tahan dengar diorang puji2, saya rasa la jugak. Amazingly kambing dia takda bau hamis dan lembuttttt sangat. Makan rasa nak nangis terharu. Hehe. Hospitality pun sangat puas hati. Owner dia baik dan peramah. Abis dia tegur setiap meja macam kenduri kawin anak pulak gayanya. Hehe. Thumbs up!
Lepas abis dinner, kami round satu resort. Besttttt sangat. Resort ni cantik. Macam2 jenis pokok ada. Untuk pencinta alam macam saya memang seronok la. Kat sini takda masalah kene gigit nyamuk. Maybe sebab pakai baju bertutup semua kot? Tapi dalam bilik ada disediakan ubat nyamuk sekali. Kitorang tak pasang pun.
Saya tengah tak sihat datang sini. Tengah malam bangun banyak kali pegi toilet. Setakat 1 2 pagi tu ramai lagi belum tido, tak takut mana la. Tapi masa pukul 4 pagi saya terjaga nak g toilet, waswas jugak. Nak kejut diorang teman ke nak redah je? Memikirkan semua khemah penuh dengan orang, saya gamble je la redah gi toilet sorang. Hehe. Alhamdulillah takda apa la.
So kalau korang nak pegi sini, boleh tengok website diorang ok? Seriously memang recommended. Ni bukan iklan berbayar and saya bukanlah sedara mara owner pun. Ni entry ikhlas yang memang puas hati dengan layanan dan servis kat sini. Owner dia, pekerja dia semua friendly!
Tata korang!