Friday, February 8, 2013

Pemanggang Ajaib



Selamat hari Jumaat semua. Tetiba je dah Jumaat kan. Rasa cam baru je Isnin. Mungkin minggu yang sangat bz kot. 


Korang mesti pernah dengar Pemanggang Ajaib kan? Memula saya taktau apa benda la tu. Ada jugak orang sebut2 tapi malas nak ambik port pun. Sebab yela, apahal nak ajaib ajaib? Boleh tukar air jadi ayam ke apa sampai nak ajaib kan? Haha. Sejak saya berdiet, nak kena makan makanan sihat selalu. Grill ke rebus ke bakar ke. Takmo goreng2 sangat. Jadinya, mak saya pun beli la pemanggang ajaib untuk memudahkan aktiviti memasak untuk si pendiet. Hikhik.


Bila dah guna, baru la saya tahu maksud ajaib tu. Memang ajaib la. Boleh guna untuk macam-macam jenis masakan. Nak goreng? boleh. Nak bakar tanpa minyak? boleh. Nak stim? boleh. Nak bakar cake pun boleh. Haaaaa ajaib bukan? Mari kita lihat eksperiment kami masa baru-baru dapat pemanggang ajaib tu.




Ni kami masak pizza. 20 minit je dah masak. Api kecikkkkk je. Roti elok masak. Tiptop. 





Ni repeat pizza lagi with different topping. Sos putih pulak. Atas tu cheese ye. Kalau adik saya yang buat haruslah meriah cheesenya. Nasib la siapa yang diet tu. Makan sikit je dah la ye. Pun 25 minit masak dengan api yang sangat kecik. Kalau besar nanti roti tu hangus kat belah bawah.





Ni percubaan saya. Perap ayam ala satay style. Pastu letak je dalam tu dengan burger skali. Tanpa minyak ye. Pastu tutup. Api kecik jugak sebab kita boleh dengar dia terus berdesir lepas letak ayam, means sangatlah panas kuali tu. Dalam masa 15 minit, ayam masak. Rupa pun menarik macam bakar atas grill. Sangat lembut dan moist, tak kering. Sukaaaaaa. Hikhik.


Ok tu aje nak share kali ni. Siapa yang berminat tu boleh la beli. Jangan tanya saya kat mana nak beli tau, sebab ni pun mak saya yang beli. Harga mungkin dalam RM180 kot? Tak sure, sorry :P


Kita nak cuti lama kan. Korang semua jangan joli sangat okeh. Berhati-hati memandu tau. Happy holiday! Tata!


3 comments:

:: Riri-Fatieha ::~ said...

yeay dh try jugak.. mak beli... hehehe

-eLyNhere- said...

best kan? sukeee~

fatihah.nurkasih said...

saya beli happycall jumbo grill melalui qoo10.my free shipping from korea.payment by local transfer.dorang delivered by ems a week dah smpai to msia. skrg dorang offer silicon tool spatula/ spoon / brush rm12.40. ceramic pot set offer from rm220++. jom beli jimat cost free shipping. brg ori pulak tu direct dr korea