Sunday, August 23, 2009

Evening Primrose Oil



Ambik EPO ni boleh menggemukkan badan ke? Tak tau la pulak kan.. Dengar2 die elok untuk pompuan kan.. untuk ilangkan parut especially.. Mase aku baru pas operate tu pon doktor suh makan EPO untuk ilangkan parut and elakkan breast lump.

Kalau betol la die menggemukkan.. matik lor! Patut laaaaa tak turun2 berat den ni ha! (dan dann salahkan EPO) huahuahua!


- ni la rupe bunge evening primrose itu -




- saye makan yang ni.. beli kat sydney. besar ngko.. stok setahun. murah sket.. hiks -


Meh bace sikit info yang telah saye google..


**************************************************

KEBAIKAN EVENING PRIMROSE OIL

Ia menurunkan tekanan darah, kolesterol dan berat badan, melancarkan peredaran haid, meningkatkan kesihatan kulit dan menolong keadaan keradangan. Jurnal Perubatan New England telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit.

EVENING PRIMROSE OIL juga

  • Melegakan simptom prahaid.
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun

Kebaikan & Khasiat EPO


1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.

2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh Doktor untuk rawatan.

3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.

4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.

5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.

6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)

7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)


Perhatian!
Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.


7 comments:

bspotgurl said...

Ermm, belum pernah dengar pula, makan EPO leh gemukkan badan..

-eLyNhere- said...

yeke.. tu la xpenah dgr...
tapi ade org tu ckp die mkn epo, bdn die naik, selere mkn bertambah.. risau la..

mgkin kebetulan kot kan.. mgkin die ade amik supplement lain kot kan.. (sedapkan ati sendiri) hiksss..

n0n0n said...

EPO bagus la dn rasanya takde side effek utk bg jd gemok....anyway nice blog here...jemput2 la jenguk blog ku nnt ye....

FiDa said...

Don't worry..EPO tak menggemukkan pun. Me dah amalkan hampir 10 tahun..ok je, sangat bagus utk perempuan. :)

Anonymous said...

Saya telah membaca begitu banyak artikel tentang pecinta blogger namun tulisan ini sebenarnya adalah sebuah paragraf cerewet, keep it up.

nana said...

sy nak tanya la..malam td sy g klinik sebab demam..n doc bagi ubat evening primrose oil nie, sebelum tu sy bagi tahu doc sy dah lambat kluar period..so doc ckp try mkn ubt nie, mana tahu kalau awk menggandung Alhamdulillah..sy x cek lg,takot kecewa...hehehe..paham2 je la org lom ada ank lg..banyak kali test tp negetif..yg nie xnk cek dlu..skrg nie sy nak tanye, kalau menggandung boleh ke makan ubat nie? tq..

-eLyNhere- said...

kalau ikutkan dalam artikel ni, ada ayat

"Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon."

so mungkin tak sesuai utk ibu mengandung. boleh dapatkan nasihat pakar atau cuba try cari info lebih dari google ye nana. =)